SLIDE SHOW FLASH!!

Sebelum kita ke babak seterusnya... aku sebagai seorang semi-pro ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada noob2 sekalian.. hahaha.... Aku harap taraf aku diupgrade kepada pro(jgn dengki) tahun ni... itulah azam tahun baru ku... hahaha.....

Tidak kira apa jua status korang.. belajar? kerja? berniaga? kontraktor?
menganggur errr... boleh lah... :P hehe..
Semestinya korang takkan terlepas dengan membuat persembahan kerja atau lebih sinonim dengan panggilan mat salehnya iaitu "presentation".. kebiasaanya medium utama persembahan adalah "Slide show microsoft power point".. noob!!.. Jadi utk menghilangkan rasa boring meh try buat slide show menggunakan flash... aku yakin presentation korang akan jadi lagi gempak!!!

Aku pernah buat satu dlm post sebelum nie.... tekan sini..


 Lets start bebeh!!

1)Contoh flash yg kita nk buat nie:



2)Macam biasa.. bukak program flash cs3 korang dan pilih action script 2.0.... Klik pada "Text Tool" atau tekan je huruf "T" di keyboard korang...


3)Tulis perkataan "Next"... dan tukarkan perkataan tu kepada "button"(tekan F8).. mcm gambar kt bawah.. letakkan tulisan tu di bawah kanan drawing board korang... dan pastikan size tulisan adalah 25.


4)Klik pada perkataan next tuh.. namakan instance name kepada "seterusnya".. kemudian klik pada taskbar "filter"..
tekan +(add filter) dan klik "glow"....



5)Double klik pada perkataan "next" tuh untuk masukkan ke dalam symbol button... klik pada frame "over".. right klik dan pilih "insert keyframe".. dan besarkan size tulisan next tu kepada 30.

                                          klik image untuk zoom...

6)Kembali ke scene 1(klik scene 1)..

7)yeah... anda dah berjaya menghasilkan satu button....tahniah.. haha... untuk program pula... dua coding utama untuk aktiviti ini adalah:

nextFrame();

prevFrame();     

8)NextFrame utk frame seterusnya dan prevFrame untuk frame yg lepas. Upgrade sikit coding di atas utk digunakan dengan button ialah:

stop();                  
seterusnya.onRelease=function(){
    nextFrame(); 
}

copy program di atas ni dan masukkan dalam frame pertama korang.tekan ctrl+enter utk test flash korang.


9)Right klik pada frame kedua di timeline dan tekan "insert keyframe".Gunakan semua step untuk hasilkan button "next" tadi untuk buat satu lagi button iaitu "previous". Dan letakkan di bahagian kiri bawah flash anda.. anda tuhh... :P
instance name untuk button previous adalah "sebelumnya". 






10)Coding untuk frame ini adalah seperti berikut:

stop();
seterusnya.onRelease=function(){
    nextFrame();
}
sebelumnya.onRelease=function(){
    prevFrame();
}

frame ini adalah untuk isi slide korang... korang boleh letak byk mana korang suke...

11)Untuk frame terakhir... button next dan previous sudah x diperlukan... buat satu button "rumah" atau "home".. bila user tekan button ini... secara automatik-nya slide akan kembali ke slide tajuk(frame paling depan)... coding terakhir adalah: (p/s:pastikan instance name button ni adalah "rumah".)

stop();
rumah.onRelease=function(){
    gotoAndPlay(1);
    }

                                            klik image untuk zoom...

12)Tekan ctrl+enter untuk test flash korang... ubahlah slide show korang mengikut kreativiti dan nafsu masing2.. semoga berjaya noob2 sekalian.. hahahahahahahaha....
Pesanan ikhlas dari penaja:
1)Pastikan setiap coding di letakan di setiap frame.... ok...
2)Korang boleh ubah instance name button korang tapi dengan syarat coding nya pon perlu di upgrade.

Popular posts from this blog

Relay

Pendahuluan: Proteus simulasi yg berguna

Electronic component:Resistor